Maklumat Program

AS-SOLIHIN MANAGEMENT & CONSULTANT (NO.AS0328267-T)
DI ALAMAT;
Dataran As Solihin , lot 71 Bandar Darulaman , 
Tanah Merah 06000 Jitra , Kedah.
TEL : 012-4299897 / 088-231394 (FAX)
Cawangan
Taman Austral , Lebuhraya Seri Kepayan , 08300 Kota Kinabalu , Sabah.

PENDAHULUAN

 “ Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya suatu pemberian lebih baik daripada adab yang mulia"(Maksud Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Bagi meletakkan asas budaya cemerlang dunia dan akhirat kepada pelajar, supaya mereka menjadi manusia bertatasusila dan mengamalkan dalam cakapan dan perlakuan harian, maka pendidikan berterusan adalah sangat diperlukan. Bagi meletakkan asas tersebut pihak syarikat ini telah cuba usahakan melalui Program Kem Anak Soleh ini, moga-moga impak daripada program ini, mereka akan menjadi insan yang mulia dalam bidang profesion masing-masing. Adalah menjadi harapan bagi setiap tenaga pengajar untuk melihat hasil yang terbaik untuk para peserta. Semoga melaluinya, kami serta peserta dan pihak-pihak yang bekerjasama sehingga ke akhir program akan mendapat manfaat yang setimpalnya.

OBJEKTIF

1. Memperkenalkan dan memberi kefahaman kepada pelajar, keperluan terhadap Permantapan Ibadah.
2. Memberi kefahaman serta keperluan mengamalkan tatasusila yang baik dan peningkatan Akhlak Mulia. 
3. Menanam rasa tanggungjawab untuk berusaha bagi menjadi Pelajar Cemerlang. 
4. Memberi kefahaman dan menanam Sifat-sifat Kepimpinan bagi perjalanan hidup pelajar masa hadapan. 

CARA PENGENDALIAN 

Program ini dikendalikan secara professional dan diisi dengan siri kuliah, ibadah,riadah,amali dan juga aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil, diketuai oleh seorang fasilitator sepanjang perjalanan program. Program ini akan dikendalikan dengan menggunakan bilangan tenaga terpimpin yang ramai. Ibu bapa akan diberi laporan prestasi anak masing-masing sepanjang program pada majlis penutup. 

KANDUNGAN PROGRAM 

Penekanan kepada Lima(5) prinsip kecintaan : 
1. Cinta dan Taqwa kepada Allah SWT. 
2. Cinta kepada RasulullahSAW. Cinta kepada Ibubapa. 
3. Cinta kepada Ummah. Cinta kepada Kecemerlangan hidup. 
4. Penelitian program-program ibadah dan akhlak. 
5. Pendedahan dan amalan tatasusila mulia. 

Memberi faham tanggungjawab belajar dan cara melaksanakan peranannya. 
Hafazan ayat-ayat pilihan 

TEMPAT 

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama , Jalan Titi Serong , Yan. 

TARIKH 

8 hingga 11 Disember 2012 

YURAN 

RM 150.00 SEORANG / RM130.00 KUMPULAN
Termasuk Penginapan, makan dan minum, Bahan dan Fail Kursus. 

SASARAN PESERTA 

Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Umur 9 Tahun – 17 Tahun 

ANGGARAN BILANGAN PESERTA 

100 ORANG 

TENTATIF PROGRAM 

Sila klik Lampiran untuk tentatif program

ALATAN / KEPERLUAN

Pakaian harian, riadah,sukan dan kasut sukan, sembahyang, bantal, selimut, cadar,alatan kemasan diri, alat tulis dan lain-lain keperluan peribadi.
Perhatian: Setiap peserta wajib berpakaian menutup aurat dalam setiap aktiviti. Barangan berharga/kemas dan telefon bimbit tidak dibenarkan.
PENGENDALI PROGRAM 

  • Ust Zulhazmi bin Hj Osman                                Guru Agama KPM 
  • Ust Mohd Asri bin Mat Junoh                            Guru Agama KPM 
  • Penceramah Jemputan                                       Guru / Pensyarah Agama KPM 
  • Penceramah Motivasi                                         Pakar Motivasi 
  • Fasilitator Pelajar                                                IPTA/IPTS 
  • Urusetia                                                              Kakitangan Syarikat 

PENUTUP 

Pihak Penganjur amat berharap agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai matlamat yang disasarkan. Program seumpama ini merupakan satu medan untuk para peserta membina pengalaman dan jati diri yang positif sebagai panduan masa hadapan. Akhirnya kita berdoa agar program ini diberi kekuatan dan rahmat oleh Allah serta dikira sebagai Ibadah yang boleh dijadikan bekalan di akhirat nanti. Wassalam